Monday, 22 October 2012



PROGRAM BERKHATAN BERAMAI RAMAI ANJURAN JKKK & MASJID AS-SOBIRIN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG TAHUN 2012.

TARIKH:   17HB NOVEMBER 2012
HARI:         SABTU
WAKTU:    8.00 PAGI
TEMPAT:   DI MASJID AS-SOBIRIN KG BUKIT CHANGGANG,427600 BANTING SELANGOR.

syarat syarat:

1.Anak qariah Kg Bukit Changgang
2.Penyertaan seramai 50 orang
3.Bayaran pentewrtaan RM 100.00
4.Anak Fakir miskin,Muallaf adalah di kecuaikan

Sila hubungi En: Hj Mohd Alias bin Hamdi    -  Bendahari jkkk   -  016 2832837
                   En  Abd Samat bin Sahit           -   Biro Kebajikan.  -  016 6171544
                   En  Johari bin Dolsalam.            -   Setiausaha jkk    -  019 3685920
Borang bolih di perolehi di kauter masjid
Tarikh tutuip pada 12 hb November 2012




BORANG PENYERTAAN PROGRAM BERKHATAN BERAMAI RAMAI

ANJURAN JKKK DAN MASJID AS SOBIRIN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG         TAHUN 2012.

Dengan ini saya bersetuju untuk menyertai program tersebut.

1.         Nama  Anak...........................................................................................................           
2.         No kad pengenalan/Surat Beranak.........................................................................
3.         Umur Anak........................................
4.         Alamat.....................................................................................................................
 ...............................................................................................................................
5.         Nama  Bapa/Ibu/Penjaga........................................................................................
6.         No Talipon...............................................................................................................
BERSAMA INI DI SERTAKAN BAYARAN SEBANYAK RM..................................................

Tarikh tutup permohonan pada:       12hb Nove 2012.



.................................................................
Tanda Tangan Bapa/Penjaga.


Tarikh......................................................

Serahkan kepada:

En Samat Bin Sahit                              016 – 6171544 /Biro Kebajikan jkkk
Hj Mohd Alias bin Hamdi:                  016 -  2832837/Bendahari jkkk
En Johari bin Dolsalam:                      019 – 3685920/Setiausaha jkkk





Monday, 24 September 2012

PROGRAM JAMUAN HARI RAYA AIDILFIRI TAHUN 2012 BERSAMA PEJABAT PENGHULU MUKIM TG 12,MASJID ASSOBIRIN,DAN JKKK KG BUKIT CHANGGANG.
PADA,TARIKH ; 15/9/2012,HARI SABTU MALAM AHAD,BERTEMPAT DI PERKARANGAN
MASJID AS SOBIRIN DI HADIRI OLEH KIRA KIRA KIRA 2,000 ORANG .
Aturcara program:
Penceramah jemputan ialah ustaz Ghazali bin Ibrahim,penceramah tanyalah ustaz TV 9,dan Al Kuliyah.
Penyampaian sumbangan kepada bakal bakal haji tahun 2012.
Persembahan Nasyid
Penyampaian sumbangan hampert barangan keperluan daripada kerajaan Negeri Selangor kepada 50 orang warga emas,fakir miskin dan ibu tunggal.
Penyampaian sumbangan kepada waris SMUE.Di sampaikan oleh Ketua kampung Hj Suraji bin Yahya dan Penghulu Ezham ,penghulu Mukim Tg Dua Belas.


 













Sunday, 23 September 2012



PROGRAM MEMBANTU MENGGANTI  BUMBUNG YANG ROSAK RUMAH EN HASBULLAH BIN KASANRABU.

 


Thursday, 19 July 2012

PROGRAM JOM SHOPPING KAMPUNG BUKIT CHANGGANG TAHUN 2012.


Tarikh:  14hb Julai 2012     Bertempat:  Pasaraya Econsave Pekan Banting
Hari:  Sabtu

Seramai 85 orang warga emas daripada 100 orang  dari Kampung  Bukit Changgang telah di bawa dengan 3 buah bas untuk untuk jom shopping,mereka amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor,kerana selama ini mereka tidak terfikir bahawa mereka akan di bawa ke jom shopping beramai ramai walaupun cuma  rm 100.00 tetapi mereka ini di hargai.






Monday, 18 June 2012

PROGRAM KUMPULAN WANITA LESTARI KAMPUNG BUKIT CHANGGANG.


Demontrasi membuat pastri.
Tarikh:  29/5/2012
Hari:     Selasa
Waktu:  8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tempat: Bengkel IKS Variety Biskut ,Cake dan Coklate
Jalan Berlian Kanan,Kg Bukit Changgang,Banting ,Kuala Langat Selangor.

Seramai 22  orang wanita telah mengikuti kursus membuat Pastri ini iaitu cara bagaimana mengadun ,membuat dan membakar dengan cara yang betul.Chef Helmi bin Kamaruddin adalah tenaga pengajar yang berpengalaman yang memasak di hotel hotel besar. kursus membuat roti,cake,kueh talam dam masakan  nasi bariani dan lauk pauk juga dalam program akan datang. Di harapkan kumpulan ini dapat menafaatkan ilmu yang di ajar dan mengumpulkan wanita wanita dalam berpesatuan.


















"PROGRAM ZIARAH KOMUNITI LESTARI"

Kampung Bukit Changgang,Banting.Kula Langat,Selangor.
Tarikh:    10hb Mei 2012
Sabtu:    Sabtu
Waktu:   9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat:  Bermula di Rumah Puan Jaliah binti Sulong.

Program ini adalah kunjungan dan lawatan ziarah yang di buat setiap tahun  dan berlainan tempat,dalam  hal ini Ketua kampung dan ahli JKKK ,Perkumpulan  Marhaban wanita kg Boundry, bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil yang di ketuai oleh Tuan Hj Borhan bin Aman Shah,melawat dan menziarahi 21 orang warga emas,8 orang ibu tunggal dan 11 orang OKU,dan memberi  sumbangan barangan dapur dan wang saguhati kepada orang OKU.Bagi perkumpulan wanita Marhaban Surau Jamaiyah Kg Boundry pula menerima persalinan baju uniform kumpulan yang di sumbangkan oleh Penyelaran Pusat Khidmat masyarakat DUN Dengkil . Tuan Borhan juga telah berjumpa dengan 2 orang warga emas dan bersetuju akan  menguruskan  sebuah tongkat empat kaki dan sebuah kerusi roda.Rumah En saad bin Saleh akan di usahakan untuk di baik pulih atap nya.


Sunday, 6 May 2012

PROGRAM LAYAR RAKYAT SELANGORKU
TARIKH: 20/4/2012 & 27/4/2012(JUMAAT)
WAKTU: 5.30 PTG - 10.00 MALAM
TEMPAT: PASAR MALAM KG BUKIT CHANGGANG.

Program ini adalah  anjuran JKKK kg Bukit changgang,bagi menyampaikan dan memberi informasi  masa kini  program program Kerajaan Negeri Selangor saperti program MES .Pendaftaran dan semakan Skim Mesra Usia Emas, tawas,mamogram,hadiah IPT/IPTA,Mikro Kredit,Program Blue Print,dana IKS ,pemberian Selangor kini dan  Semakan daftar pemilih.Sahingga kini sambutan adalah menggalakan .Program ini akan di buat setiap minggu.Seramai 337 orang warga emas telah mendaftar dan 79 anak anakbaru lahir menyertai tawas.