Saturday, 3 December 2011

BAKTI SISWA UIA

Pada 3 December 2011 hari Sabtu jam 9.00 pagi Kampung Bukit Changgang ,Banting Kuala langat Selangor  telah menjadi pilihan bagi seramai 41 orang Siswa dan Siswi daripada Universiti Islam Antara Bangsa UIA telah berkumpul dan menjalankan khidmat masyarakat bersama sama Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid As Sobirin. Mereka di bahagikan kepada 3 kumpulan bagi melaksanakan program gotong royong membersihkan masjid dan2 buah rumah warga emas.En Ramlan Bin Sujak dan Balu Puan Embun bte Jabbar.Mereka mengucapkan terima kasih kerana  tanpa di duga di kunjujngi oleh pelajar pelajar tersebut.Ketibaan pelajar telah di sambut oleh Tuan Hj Suraji bin Yahya Ketua kampung  Bukit Changgang.

Mendengar taklimat dari ketua kampung
Membersih kawasan rumah
pelajar wanita menyapu dlm rumah
Bergambar kenangan dengan nenek Embun
Pelajar lelaki mrmbersih  kawasan rumah nenek Embun
Bergambar kenangan bersama nenek Embun

Monday, 28 November 2011

DRAF RANCANGAN TEMPATAN KG BKT CHANGGANG 2020

                                                                                                                Profile Kampung Bukit Changgang.
                                                                                                                Tahun 2011.

DRAF RANCANGAN TEMPATAN  KAMPUNG BUKIT CHANGGANG TAHUN 2020.


Bil

Cadangan
Jumlah
pendudok

Lot

1.

Mohon pembesaran kelinik kesihatan Kg bukit changgang ,bagi menampung penambahan pendudok di 4 buah kampong,Kg Olak Lempit,Kg Labuhan Dagang,Kg Bukit Changgang, Kg Rancangan Tanah Belia,dan Taman Murni,dan Bandar Seri Ehsan.

16,000
orang

2379
28.9 ekar

2.





Mohon  Sebuah Sekolah Menengah AgamaTinggi  Maahad Sains Tahfiz bagi Negeri Selangor.

800 pelajar
Di atas
Lot 3531 seluas 60 ekar
Tanah kerajaan

3.

Mohon sebuah  Komplek Sukan,untuk sukan Futsal,Pint ball dan permotoran

Di atas lot
1698,seluas
6 ekar,bekas kuari JKR


4.

Cadangan  sebuah  komplek pusat pengumpulan  dan jualan usahawan kecil IKS & IAT.saperti usahawan makanan,spa dan urutan,jahitan, herba & makanan tambahan dan barangan hub halal .

5 unit kedai
Tapak  tanah sedang di usahakan

5.

Tanah Perkuburan baru bagi Kg Bkt Changgang,tanah yang ada sekarang seluas 4 ekar berkongsi dengan Kg Labuhan Dagang dan hamper penuh

10,000
Orang.

Lokasdi baru
Di cadangkan

6.

 Pengambilan tanah  bagi pembesaran Tapak masjid baru
Dan Komplek agama,kapasiti masjid untk 3,000 orang

10,000 orang
Cadangan pengambilan
Tanah pertanian diatas lot
1989 seluas 9.625 ek

Saturday, 26 November 2011

PROGRAM BERKHATAN TAHUN 2011.

"Program Berkhatan Beramai ramai tahun 2011 anjuran JKKK dan Masjid as Sobirin Kg Bukit Changgang telah di laksanakan pada 26 November 2011 bersamaan hari Sabtu,bertempat di dewan Masjid as Sobirin.Seramai 44 orang telah di khatankan,mendapat sambutan di luar jangan.Progrtam tersebut telah di rasmikan oleh Hj Bahuddin bin Jaafar ,Dato' Penghulu Kanan  Mukim Tg Duabelas 1 & 2, Daerah K.Langat dan Hj Samsuddin bin Kasran Ahli majlis ZON 20.

Peserta di arak dengan kompang
Kompang Warisan Kg Bukit Changgang.
Di arak  akan menjadi kenangan.
Sadikit taklimat dari urus setia
menerima saguhati di sampaikan oleh Hj Bahuddin Jaafar
Tak  ape ape!
ok!!
Bapa bapa yang Menanti
alahai !Sekejap je!
Relak je!!
Kena dukong

Thursday, 24 November 2011

PROGRAM LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PROGRAM LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ,DAERAH KUALA LANGAT.

“Bantuan yuran dan Kelengkapan Sekolah anak anak Sekolah & fakir Miskin.Mukim Tanjung Duabelas 1&2."

Tarikh:            24/11/2011.       Hari :    Khamis.          Waktu:           2.00 ptg
Bertempat :   Masjid as Sobirin kampong Bukit Changgang,42700 Banting,Kuala langhat ,Selangor.

Seramai 250 orang anak anak Asnaf Fakir & Miskin  dengan Jumlah RM 231,000.00 di belanjakan bagi memberi  bantuan berupa wang tunai dan kelengkapan  sekolah kepada anak anak asnaf di kg Jenjarom, Kg Seri Cheding,Kg Sg Manggis,Kg Pekan Banting,Kg Sg lang Baru,Kg Sg Kelambu,Telok Datok,Kg Jaya Sepakat,Kg Olak Lempit,Kg Labuhan Dagang,Kg Bukit Changgang dan Kg Ran Tanah Belia.Penasihat Al-Fadhil Tuan Md Razali Bin Hassanusi dan disempurnakan perasmian oleh Tuan Agos Salim bin Shahrom,Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala langat.


Kiri Tuan Md Razali,Tuan Agos Salim,Ketua kampung dan Nazir
Penerima Asnaf Lelaki
Penerima Asnaf Wanita
Penerima Kelengkapan sekolah
Peserta
Menerima Bantuan yuran
menanda tangan terima wang yuran

Wednesday, 23 November 2011

PROGRAM MASJID AS -SOBIRIN.

"KEM SOLEH PINTAR 2011"

Seramai 280 peserta ,terdiri dari anak anak berusia dari 7 - 15 tahun,telah berkumpul di Masjid as Sobirin Kg Bukit Changgang dari 19 - 20 November 2011,melebihi dari sasaran awal seramai 100 orang.Mereka telah berkumpul dan di beri motivasi ,ceramah agama,qiamulail dan penjagaan diri menuju dewasa oleh motivator yang berkemahiran.Di akhir kem tersebut peserta di beri ceramah khas oleh  Penceramah undangan Dr Jamnul Azhar Mulkan.
Pendaftaran peserta
Suai kenal peserta perempuan
SuaI kenal peserta lelaki
Beratur untuk sarapan
Ceramah motivasi oleh Dr jamnul Azhar Mulkan
Anak anak perempan khusyu' mendengar ceramah.

BAKTI SISWA

 Seramai 20 orang siswa dan siswi dari Universiti  UIA,KUIM dan UNISEL telah tinggal bersama ibu dan bapa angkat mereka selama 2 hari bermula dari 18,19 & 20 November 2011 di Kampung Bukit Changgang untuk menjalani program luar kampus bagi menambah pengalaman bagaimana bekerja dengan masyarakat kampung, bagi mengenal pasti masalah kekurangan dan maklumat terkini yang boleh di sampaikan.Program ini telah di sempurnkan penutupnya oleh Tuan Hj Borhan bin Aman Shah Penyelaras ADUN Dengkil.Merdeka di beri taklimat Pembangunan kampung,Motivasi Pelajar dan Ziarah Warga emas dan ibu tunggal.
  
gambar bersama ibu angkat
Gambar bersama bapa angkat  
Motivasi pelajar
Ziarah Ibu Tunggal
Ziarah Warga Emas Embon bte Jabbar
Majlis penutup Program
Gambar bersama ibu/bapa angkat dan Hj Borhan penyelaras DUN Dengkil 

Monday, 7 November 2011

KEBAJIKAN,KECERIAAN DAN KESIHATAN.

PROGRAM ZIARAH RAKYAT. 
Tarikh:  15/10/2011
Hari:      Sabtu
Waktu:  9.00 pagi
Tempat: Kg Bkt Changgang, Ran Tanah Belia dan Taman Changgang Jaya.

50 orang warga emas Kg Bukit  Changgang kebanyakan nya telah uzur dan sakit telah menerima kunjungan oleh Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil,Tuan Hj Borhan bin Aman Shah.
Pada lawatan  Ziarah ini di bahagikan kepada 5 kumpulan,dan telah memberi sumbangan berupa barangan saperti beras,susu ,tepung,gula milo dan minyak masak .


Berkumpul sebelum Ziarah
En Saharuddin Kg RTB
Hj Musni Hj Yunus uzur
Mak Siti Uzur
Kemalangan jalan Raya
En Ramlan b Sujak Uzur.




Sunday, 6 November 2011

PROGRAM QURBAN

Sejumlah 50 ekor lembu telah di sembelih sempena Hari Raya Qurban pada tahun 2011,bagi kampung Bukit Changgang,yang di buat di Masdjid As Sobirin 8 ekor termasuk sumbangan daripada kerajaan Negeri Selangor ,Surau Ihsaniah 6 ekor,Surau Taman Changgang Jaya 6 ekor,Surau Kolej Mara 4 ekor, Surau Hj Muksin 9 ekor ,Sekolah At taqwa,Sekolah Rendah Agama,dan Individu yang melaksanakan Qurban di rumah.Lapuran daripada Tuan Nazir Masjid As Sobirin,Tuan Hj Rashid bin Kandam.Kerja kerja telah di laksanakan secara ghotong royong.

Surau  Ehsaniah
Masjid As Sobirin
Surau Kolej Mara Banting